Review: TEALIVE BISKUTEA CARAMEL
23:23Hi guys, sekarang ini memang tengah viral and hype giler product baharu dari Tealive ini iaitu Biskutea Caramel.
Sebab aku pun tergoda dengan lambakan manusia dah cuba Biskutea ini and even memang nampak macam sedap. So aku pun gigih kan lah diri pergi beli tanpa berfikiran panjang, walaupun pada hakikatnya ramai yang bagi Bad Review katanya Not Worth the Hype haha. Tapi takper la, ia bergantung pada citarasa masing-masing. Biasalah ada yang suka, ada yang tak suka dalam kehidupan ini.haha.
Basically, Biskutea Caramel ini adalah Superior White Coco Smoothie with Caramel Biscuits, maksudnya disini ia bukanlah air minuman berperisa caramel yer, ia adalah coklat putih smoothie dengan taburan biskut karamel. Biskut Karamel yang femes yang sedap di Malaysia ini, adalah berjenama Lotus Biscoff itu. Tetapi jika anda perasan Tealive Malaysia tiada memaparkan iklan apa jenama karamel biskut yang digunakan, mungkin tak nak ada isu kolaborasi atau royalti.
Harga BiskuTea ini berharga RM11.55 termasuk tax, dan hanya ada satu saiz sahaja iaitu Large. Dari segi rasa, bagi pendapat aku, Aku rasa dia sedap dan tak manis sangat, just nice. Tapi dari segi harga mungkin agak mahal la, dan aku rasa macam boleh jer buat sendiri benda ni. Rasa lebih kurang, Vanila Milkshake dengan Taburan Biskut Karamel.
My rating about this Tealive Biskutea Caramel : 7/10
Anda semua boleh layan juga video review tentang produk baru ini di Youtube:
0 comments