Gunung Datuk, Rembau, N9 -EDEN ORANG NOGORI
21:59Info:
Gunung Datuk yang terletak di Kampung Batang Nyamor, Gadung iaitu kira-kira 21km dari pekan Rembau dan 15km dari pekan Tampin. Ketinggian Gunung ini ialah 2900kaki atau 884m dari aras laut. Jika cuaca baik anda berpeluang melihat laut Selat Melaka dari puncak, Pendakian ke puncak mengambil masa dalam 2Jam. Bayaran yang dikenakan : RM5/per individu.
![]() |
| Pelan Pandu Trek Gunung Datuk, |
Kepada sesiapa yang nak cuba-cuba atau berhasrat nak daki Gunung Datuk ini better buat persiapan awal2 dari segi mental dan fizikal. Because for me, gunung ini agak mencabar jugak la dengan approximate 80% mendaki sahaja ( jalan datar kurang) dan banyak batu. Lagi satu jangan fikir yang korang dah banyak kali turun naik Broga Hills, Semenyih. boleh daki gunung ini dengan senang lenang sebab Gunung Datuk ini (3kali Broga Hill). Masa pendakian dalam 2jam (termasuk pancit2 sikit) dan penurunan dalam 1jam lebih .(Depend on your fitness).
Keselamatan
Bagi sesiapa yang betul-betul nak mendaki Gunung Datuk ini better pergi in the group or pergi dengan pendaki-pendaki yang berpengalaman, Bukan apa di gunung ini dah banyak kes orang sesat sebab salah ikut track yang disediakan dan main redah jer ikut rasa hati tanpa bertanya Ranger/Penjaga disitu. Betul bak kata pepatah, Malu Bertanya Sesat Jalan.
Untuk maklumat lebih lanjut:
Contact Person : 019-6444949
(En. Faizal, Ranger Hutan Lipur Gunung Datuk)
(En. Faizal, Ranger Hutan Lipur Gunung Datuk)
![]() |
| Untuk sampai betul2 puncak kita kena panjat tangga ini dulu. Yang gayat tu harap dapat bertahan. |
![]() |
| Mitos: Peninggalan tapak kaki Hang Tuah. Kesahihan tidak dapat dipastikan, |
![]() |
| Alhamdulillah, selamat sampai ke Puncak Gunung Datuk. |
![]() |
| Pendakian yang berbatu |
![]() |
| Geng Gila SI |
![]() |
| View from the Top of Gunung Datuk. |











0 comments