Resepi Cheesekut OREO Simple

11:51

Kalau asyik makan jer tak guna jugak, membesarkan perut jer. SI pun rajin-rajin kan lah tangan nie ke dapur buat cheesekut yang simple dan enak. Cheesekut ini memang sedap dan senang buat, apalagi bagi orang yang jarang ke dapur macam SI ini. hehe.


RESEPI CHEESEKUT OREO



Bahan-bahan. (15orang perut kecik makan)
  • 250g Tatura Milk Cream Cheese atau boleh guna Philadelphia Cream Cheese
  • 1 Paket Biskut Marie / Bagi sesetengah orang suka guna Biskut Cracker
  • Fresh Milk Dutch Lady. SI guna Pure Farm murah sikit tapi kalau Full Cream pun boleh.
  • Susu Pekat Manis.
  • Oreo (Optional) 
Harga kos bahan dalam RM17

Cara-cara
  1. Gaul kan cream cheese, fresh milk dan susu pekat sampai sebati. Kuantiti fresh milk agak-agak jer jangan sampai cheese tu cair macam bubur pulak dan susu pekat tu pulak boleh ikut citarasa anda antara nak manis ke tak tapi SI guna dalam 1/3 Susu pekat. Kacau sampai cream cheese tu kembang dan berubah color keputihan. Alternatif kalau nak cepat guna mixer. Agak-agak rasa kembang cheese tu, boleh la cuba-cuba rasa sikit manis ke tak ikut tekak anda.
  2. Selepas itu, sediakan fresh milk tadi dalam mangkuk bagi nak celup/rendam biskut marie kita nanti. Ini bagi memastikan biskut tu kembang/lembut sikit. Sekejap jer celup jangan terlampau kembang sangat, nanti tak sedap.
  3. Susun dalam bekas cantik-cantik dan ratakan dengan cream cheese tadi. Buat layer by layer okay. Teknik sama macam kita buat kek batik. 
  4. Dalam pertengahan layer anda tu. Boleh la taburkan oreo yang telah di blend/ dipecahkan.
  5. Letak topping apa-apa bagi menambahkan seri cheesekut kita. Tapi SI guna oreo jugak. Anda boleh la letak nestum, milo, peanut, nutella dan sebagainya.
  6. Akhir sekali, masukkan dalam freezer cheesekut tadi dalam 6jam macam tu.
  7. Selamat dihidangkan-Time to eat. Yummy!

Resepi ini diadaptasi dari pelbagai sumber dari internet tentang cheesekut.Tiada kredit kepada sesiapa. Ini mengikut citarasa SI, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis olehan mengikut kreativiti anda. 
Moga bermanfaat bagi semua:)
Keep CALM & Eat CHEESKUT.



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook