6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI RUMAH

06:39



1- RUMAH ADALAH ASET

Dikira sebagai aset bukan liabiliti. Mempunyai harga nilai yang berbaloi untuk dimiliki dan kalis inflasi. Ia juga aset yang boleh diwarisi kepada legasi keluarga anda.

2- PERLINDUNGAN

Merupakan keperluan asas untuk berteduh dan berlindung bagi diri dan keluarga. Anda juga turut memberikan kegembiraan dan kebahagian kepada anak/keluarga

3- TIADA ISU TUAN RUMAH 

Bila hidup menyewa, kadang-kadang banyak isu dengan tuan rumah. Hidup kadangkala tidak bebas. Lebih baik ada rumah sendiri, lebih berbaloi dan kita jaga harta kita, bukan hak milik orang lain.

4- PELABURAN JANGKA PANJANG

Pelaburan selamat yang memiliki risiko rendah dan pulangan tinggi jika bijak membuat pilihan dalam pembelian dan jual balik. Ia juga boleh disewakan dan peroleh wang tambahan.

5- HARGA RUMAH SEMAKIN MENINGKAT

Sekalipun harga rumah ada penurunan, ianya tetap meningkat untuk jangka masa panjang/sederhana. Lebih cepat anda membeli rumah, lebih tipis nilai kerugian anda kelak.

6- POLISI BANK

Tempoh pembiayaan pinjaman perumahan adalah sehingga 35 tahun. Jika beli di usia muda peluang lulus pinjaman adalah lebih cerah, berbanding jika anda sudah berusia atau mempunyai komitmen yang tinggi. Kadar interest juga berbeza bergantung pada usia peminjam & tahun pembelian. Jadi, belilah rumah seawal mungkin dan jaga aliran tunai anda!

MILIKI RUMAH ANDA SEKARANG, BUKAN NANTI 😁

Ada banyak lagi sebab kenapa anda kena beli rumah, korang boleh COMMENT di bawah apa lagi sebab-sebab lain KENAPA KENA BELI RUMAH!



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook