Kerjaya sebagai Live Streamer Lazada

10:40

Live Streamer atau juga lebih dikenali sebagai Live Anchor ini adalah lebih kurang Promoter/Juru jual tapi menggunakan platform sosial media secara langsung (Live Streaming).

Cubaan untuk menjadi Live Streamer

Izz kongsikan tentang live streamer ini sebab Alhamdulillah izz dapat offer jadi Live Anchor Lazlive di platform Lazada. Bekerja di bawah salah sebuah Talent Management Company yang memang tengah rekruit bakat-bakat baru dalam live streaming. Pada awalnya, ragu-ragu juga nak join sebab izz pun tak la pandai sangat buat Live ini, awal tahun haritu jer rajin buat IG Live tu pun sebab dah bosan sangat time PKP haritu. Bila dapat tawaran awal2 tu, macam2 izz fikir. Boleh ke ni izz buat? Tapi izz usnuzon dan fikir PELUANG datang hanya sekali. LEBIH BAIK MENCUBA dari TIDAK MENCUBA LANGSUNG. Kalau tak okay TERUS MOVE ON buat benda lain pula, tapi kalau awal2 DAH BLOCK & TIDAK MENCUBA, mungkin pada akhir jalannya menyesal pada diri sendiri.

ALWAYS REMEMBER, EVERY SINGLE STEPS/ACTION IS LEARNING PROCESS IN LIFE.Bila ada PELUANG yang datang, CUBA Sahaja & Buat PILIHAN dgn RASIONAL

Kepentingan Live Stream kepada Bisnes Online/Offline

Kerjaya sebagai Live Streamer ini mungkin agak baru bagi sesetengah masyarakat, tapi kerjaya ini adalah kerjaya yang sangat penting dalam masa-masa kritikal Covid19 terutama kepada peniaga-peniaga online mahupun offline. Ini adalah salah satu cara untuk Boost bisnes mereka dan tambah sales, selain menggunakan online marketing. Banyak platform yang boleh digunakan seperti Facebook (Paling Top dan ramai makcik2/abg yang live di sini), Instagram, Lazada, Shoppe dan termasuk juga Youtube. 
Meniaga secara Live ini lebih kepada perkongsian (sharing knowledge) dan lebih kepada create engagement bersama audience. Dia bukanlah one way punya communication, tapi kenalah berbentuk two way communication. Kena ada interaction antara Host dan juga Audience.
Host- Pengendali Live
Audience-Penonton/Peserta Live
Salah satu barang yang izz kena promote dari company Fun Globe


Keperluan bagi Live Streamer
Antara keperluan yang diperlukan bagi seorang live streamer adalah:
1) Microphone : Supaya suara kita jelas untuk didengari oleh audience
2) Ring Light/Studio Light : Lagi banyak cahaya lagi bagus, menampakkan kita lebih profesional
3) WebCam/Camera/Smartphone : Good camera quality is the best, boleh jadikan sebagai video content
4) Internet Connection : Kena stable dan kelajuan tinggi jika boleh
Ada banyak lagi keperluan lain tapi ini antara item penting jika nak buat live supaya Audience pun tenang dan happy tengok live kita.

Tangan tak reti duduk diam hehe, Cakap pun main belasah jer time ni

Kena BERANI
Buat live ini bukan benda mudah yer, tak semua orang boleh lakukan. Cakap sorang tanpa ada viewers. Live 2 jam tapi tiada 1 pun Closed Sales. Gangguan semasa Live. Audience comment unrelated dan kena kecam & banyak lagi la. Bagi saya, skill ini boleh diasah asalkan kita mencuba, kena abaikan jer apa orang nak cakap pasal kita sebab live ini memang tengah Trending semua bisnes/syarikat tengah guna dan cari. Awal-awal pun Izz live di IG, nervous dan gigil sampai audience tegur. Kena rajin buat dan mencuba bagi biasa, sebab ini bukan benda kebiasaan biasa. Mungkin dia boleh bercakap didepan 1000 orang dalam 1 dewan, tapi tidak semestinya dia akan sama hebat di dalam Live Streaming. Skill ini perlu diasah dan yakin, kena banyakkan interaksi dan juga perkongsian bersama audience, kalau asyik promote jer orang akan cepat bosan. Mentaliti manusia sekarang, dia taksuka orang menjual, dia lebih suka orang berkongsi dan bercerita. Izz sangat RESPECT, Makcik2, abang2 atau Kakak2 yang betul bersemangat menjual di FB Live, Memang Feel di Pasar Malam tu memang terasa bila mereka promote. Good Job dan jangan mudah berputus asa, InsyaAllah Rezeki itu datang dalam pelbagai cara.


Itu sahaja perkongsian tentang live streamer ini, jika ada masa lapang boleh tengok LazLive izz di Lazada yer. Untuk sesiapa yang berminat ingin tambah pendapatan/pengalaman menjadi LazLive Streamer, boleh email saya yer di seniorgraphy@gmail.com

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook