Film Review: Filem ROH (2020)

22:57



Filem ROH terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd dan pengarah Emir Ezwan yang akan mula ditayangkan pada 19 Mac 2020 ( Ditunda rentetan dari Covid19 Movement Control Order) adalah salah satu filem melayu seram yang akan memecah panggung bagi tahun 2020. Filem yang diinspirasikan dari filem klasik Jepun bertajuk Onibaba diwatakkan oleh pelakon hebat tanahair seperti Farah Ahmad, Nam Ron, June Lojong, Harith Haziq, Mhia Farhana dan Putri Qaseh.

Okay sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang Filem ROH ini, jom kita layan trailer filem ini!


Sinopsis
Filem ini mengisahkan satu keluarga daif yang menetap di pinggir hutan didatangi seorang budak perempuan yang bukan sebarang budak, yang memberi sebuah ramalan ngeri. Iaitu "Bila Bulan Mengambang, Kau semua akan Mati". Pelbagai peristiwa mistik berlaku selepas itu.

Review

Susulan dari Jemputan Tayangan Perdana dari pihak Kuman Pictures bertempat di TGV Cinemas One Utama pada 5 Mac 2020 . Saya akan kongsikan pengalaman sepanjang menonton filem berdurasi 1 Jam 23 Min.
Tayangan Perdana

Plot
Pada awal tontonan filem ini, saya merasakan jalan cerita filem ini sedikit mendatar dan menunggu agak lama "Jump scare" yang selalunya ada pada kebiasaan filem seram. Tetapi setelah meneliti mesej yang ingin disampaikan oleh Pengarah Filem ini, Emir Ezwan. Ternyata filem ini mempunyai mesej yang sangat berkualiti untuk kita berfikir dan merenung setiap detik perceritaan dalam filem ini. Setiap babak-babak dalam filem ini memberikan petunjuk tentang mesej yang ingin disampaikan dan gambaran keseluruhan filem ini. Uniknya, penonton akan merasa babak suspens dan seram sejuk  menerusi babak mistik dan perkara aneh yang hadir pada keluarga ini.



Cinematography
Tidak dinafikan cinematography dalam filem ini, sangat memukau dari segi Sudut Rakaman (angle shooting) dan gradient yang digunakan bagi menampakkan filem ini tampak seperti kita kembali pada tahun 90's. Lokasi shooting di dalam hutan juga ditonjolkan dengan sound effects yang sunyi yang membawa penonton seperti berada dalam hutan. Prop dan Pemakaian Watak dalam filem ini juga memainkan peranan penting bagi menyerikan elemen-elemen klasik dan seram. Walaupun produksi Kuman Pictures adalah sebuah  produksi yang menghasilkan filem seram dan ngeri pada kos yang rendah. Tapi dalam Filem ROH ini, ternyata hasil produksi tampak seperti filem yang menggunakan kos seperti jutaan ringgit, dengan filem kualiti yang terbaik dan memukau penonton.

Lakonan
Ramai yang memuji lakonan hebat, Along yang diwatakkan oleh Mhia Farhana, anak kepada Farah Ahmad. Gandingan kali pertama anak beranak ini dalam filem, ternyata menunjukkan keserasian dan impaks kepada penonton. Dalam filem ini hanya ada 6 watak sahaja dan semuanya dilakonkan dengan mantap, beremosi dan memainkan peranan watak masing-masing dalam filem ini. Watak kegemaran saya dalam filem ini adalah Farah Ahmad (Mak) dan June Lojong (Nenek Tua), pembawakan watak oleh mereka berdua ini sangat menarik perhatian saya.


Keseluruhan
Filem ini sememangnya berjaya tampil dengan elemen-elemen seram yang menarik dan ngeri yang jarang ada dalam mana-mana filem seram. Darah dan haiwan mati juga turut memberikan elemen-elemen seram dalam filem ini.
Saya terkedu melihat salah satu babak yang dimainkan oleh Mhia Farhana (Along) dalam salah satu kejadian di dalam rumah yang boleh membuatkan saya tak tidur malam, ia tampak sangat real dan mengerikan. Tahniah kepada krew produksi dan para pelakon yang menjiwai watak dalam merealisasikan keseluruhan Filem ROH.
Secara keseluruhan bagi saya, filem ini mempunyai mesej yang sangat berkualiti tentang kepercayaan manusia antara satu sama lain, kepercayaan kepada alam ghaib dan kepercayaan kepada tuhan. Filem ini juga mempunyai potensi yang sangat bagus dari segi pembawakan watak, filem kualiti, efek visual dan audio yang sangat memukau, mungkin boleh ditambahbaik dengan penceritaan dan plot yang lebih menarik dan elemen seram yang lebih memeranjatkan penonton.
Akhir kata, Jangan lupa menonton Filem ROH ini dipawagam berhampiran anda! Anda pasti akan merasakan filem seram ini berbeza dari kebiasaan mana-mana filem seram dan selamat merungkaikan kenapa "KAMI HANYA BERBISIK"



#SeniorReview #FilemROH #KumanPictures #FilmReviewerMalaysia 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook