Percutian Bajet di Singapura #TravelGila

11:00

Assalamualaikum dan hai semua,
Percutian atau vacation sudah semesti menjadi kegilaan semua orang terutamanya remaja macam SI nie. Tapi bercuti sana-sini menghabiskan duit tiada guna kalau tanpa objektif, Apa lagi bercuti ke negara orang (oversea) yang menggunakan banyak kos. Alhamdulillah, dengan izinnya SI berpeluang singgah ke negara jiran iaitu Singapura. Dah lama mengidam nak ke sana dari dulu lagi, Yela, SI duduk Gemas jer dan dah dekat ke arah selatan tu nak ke Singapore, huhu.
Kali ini bagi SI memang #TRAVELGILA. Kenapa gila? bukan apa semuanya last minute planning, sedangkan tiket bas pun beli hari sebelum bertolak huhu.
Dalam diskusi kali ini, SI akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman SI di negara Moden Singa ini. Kali ini ala style Backpackers dan Bajet Kos Maha Dewa Kedekut.

Masjid Sultan
Dengan berbekalkan tiket berharga RM26 dari Melaka Sentral ke City Plaza (Singapore), SI telah bertolak jam 6 petang bersama sahabat baik SI, Syamsul. Sesungguhnya banyak dugaan diterima almaklumlah first time naik public transport ke negara orang. SI dan rakan telah kecewa lalu terduduk kerana ditinggalkan driver bas di Woodlands CIQ semasa check dari imigresen Singapura, Mungkin SI mengambil masa lama sangat untuk lepas dari kastam tu. Apa taknya macam semut ramainya orang nak ke singapura ni, Akhirnya, kami menjadi seorang perempat(Penganggur jalanan yang tiada rumah). Kami terpinga2 dan terkebil sebab planning sepatutnya sampai di City Plaza. Hancur berderai. Tapi kami kuatkan semangat dan tabah, mungkin ada hikmahnya. Oleh yng demikian, kami pun tidur di kaki lima di Woodlands CIQ tu sehingga menunggu fajar subuh bagi memulakan perjalanan pada esok hari.

Nasib baik la dah tukar duit SGD (Singapore Dollar) sebelum bertolak kalau tak, tak tau la apa jadi. Perjalanan diteruskan dengan permulaan ke MRT Station Woodlands. Dengan nasihat driver taxi yang baik hati menunjuk arah ke Bugis Village, melalui Jurong East dan bla bla,

Antara gambar2 menarik yang sempat dicapture :)




Fly High





Tak sah la kalau tak singgah Merlion ini.



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook