Hutan Simpan Gunung Tampin, N9

09:44

Assalamualaikum and good day everyone,

Kali ini, nak promote la satu hutan Simpan di Tampin,Negeri Sembilan. Di mana berhampiran dengan rumah SI. Tempat ini tak ramai la yang tahu, dan nak kata menarik sangat tu takder la. Just biasa-biasa jer.
Disebabkan ramai yang tak  tahu mengenai hutan ini, SI nak share la apa-apa yang menarik dan kemudahan yang disediakan di tempat itu.

Untuk pengetahuan semua, Hutan Lipur Gunung Tampin ini terletak di Tampin, Negeri Sembilan. Tiada apa-apa bayaran dikenakan. Bagi sesiapa yang ingin camping atau bermalam di gunung ini boleh contact Pejabat Hutan Daerah dulu.


Pejabat Hutan Daerah,
Negeri Sembilan Barat,
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban,
Persiaran S2 A2,
70300 Seremban
Tel : 606 - 6014 000
Faks : 606 - 6014 004


Kawasan persekitaran hutan Simpan ini okay la, bersih dan kemudahan tandas juga disediakan. Ketinggian ke puncak itu boleh tahan jugak la jauhnya, sampai SI pun tak larat nak sampai ke atas sebab singgah ke hutan ini pun ad hoc and without planning. Dia just jalan tar jer, bukan la extreme sangat yang boleh kita teroka sebab rasanya kat kawasan ini takder rangers dan seangkatan dengannya pun. Ini sesuai la bagi keluarga yang nak mengisi masa lapang-santai dan joging. Selain kita dapat mengisi lapang, kita boleh la melihat khazanah dunia yang berharga ini. Dan ada juga disediakan kolam untuk mandi manda tapi takder la menarik sangat (jujur ini,haha).

Salah satu Monumen di Puncak, TM! TM!

Untuk sesiapa yang agak malas mendaki itu boleh jer drive kereta itu naik ke atas, tapi kereta-kereta besar macam alza itu agak susah la nak naik sebab jalan pun tak besar mana,
Okay setakat ini saya sahajalah diskusi ringkas SI mengenai Hutan Simpan Gunung Tampin ini.
See u later!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook