YPPB : Peneraju Scholars (NDP,Bridging Programme & OBS)

22:52

Assalamualaikum & hello malaysia!!
Alhamdulillah, dengan rezekiNya. SI telah  mendapat biasiswa (full scholarship) dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera atau nama common dia PenerajuEdu. Seperti yang sudah diceritakan dalam post sebelum ini, pasal biasiswa ini tentang interview & apa biasiswa ini?. Kali ini pulak nak share, experiences Bridging Programme yang dianjurkan PenerajuEdu before dapat scholarship ini.

Okay, antara punca2 SI lambat update blog ini sebab buzy sikit after raya jer terus kena join program Yayasan ini. huhu. Program ini diadakan dekat Sunway. Sunway Monash Residence (SMR) yang berstatus hostel 5 star menjadi tempat penginapan SI selama 2 minggu. Sunway University menjadi tempat study sementara before register Uni. masing-masing.

Moment Ice Skating @sunway pyramid
Apa yang nak cakap pasal program ini. Memang Best Giler!! dah la makan mewah, tempat bljr swasta, bilik complete facilities (ada swimming pool .lol),XD, Overall mmg terbaik. susah nak explain. Dah la every year akan pergi situ lagi untuk join program yang dianjurkan. 4years. But, maybe tak stay SMR lagi kot. Mahal tu.

Lecture class with friends +SUNWAY UNIVERSITY 


Last Day with Madam Jinny :)

Selain lectures class kat Sunway Uni., PenerajuEDU juga turut menganjurkan program kerohanian ala2 keagamaan la ni. Kami semua telah pergi ke Mujahadah Agro Camp @Semenyih selama 3hri 2malam. Alhamdulillah, dapat gain ilmu keagamaan sikit kat situ. MAC (Mujahadah Agro Camp) memang tempat yang tenang, jauh dari bandar, atas bukit, no coverage, & tiada hubungan dengan dunia luar. Di situ, kita dapat menikmati kenikmatan alam & ciptaan ALLAH SWT yang Maha Agung. Tempat ini sesuai la, untuk kita umat Islam reflect diri kita & ingat kepada Allah Swt akan kealpaan yang selama ini kita lakukan di dunia. Yang Best jugak, mandi kat sini 5star,. Mandi dalam sungai. cool:) sejuk.fresh.haha

Mushab Team, Takbir. ALLAHUAKBAR!!
 Academic sudah Mental pun sudah, now, kami dihantar pula ke Outward Bound Malaysia, Lumut, Perak untuk build physical pulak.  Memang satu moments yang takkan dilupakan kat OBS(Outward Bound). 1st kayaking. Wooo ohsem!! Aku & partner aku Kak Amira, volunteer pegang jawatan jadi Sweper (ibarat cover team kami la yg tercicir kat belakang). Mula-mula nak jadi navigator time kayak tapi dah ade orang amek dulu pulak, xperla xder rezeki:'( Kayak expedition plan ke Pulau Pangkor tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan, kami terpaksa pergi ke Pantai Syawal jer. Tak dapat lihat keindahan Pulau Pangkor. Tapi yang syoknya berkayak time laut bergelora ( sebab ribut nak dtg)  Extreme! sempat jugak berpicnic kat tengah2 laut. Kayaking 2Hari 1Malam yang syok abez. Macam2 experiences dapat, karenah rakan2 yg pelbagai. & letih sememangnye. Kami beruntung walaupun tak dapat ke Pulau Pangkor tapi kami X Sunburn sangat macam team yg ke Pangkor..huhu abez gelap muke. lol

Kayaking as Sweeper
Next, Trekking Expedition. huh.. nie la 1st aku jungle trekking yang paling paling paling memenatkan. adooi, ape tak nyer. dah la kena panjat puncak ke puncak. Paling memenatkan kami semua kena bawak bagpack yang ada mcm2 keperluan kami nak bermalam kat Telok Batik nanti(2hari1mlm jugak). Bape Kilo subhanaAllah susah nak explain yang penting berat.fullstop.  Kali ini pulak aku pegang jawatan sebagai Assistant Navigator. Bace bearing semua ini. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan kami dengan kesilapan aku membaca bearing compass, kami telah SESAT ke jalan shortcut  ke Camp Site. Kami mis 2 checkpoint. Tu yang kami dapat berkelah kat puncak gunung itu. Sebab instructor Abg Boy,  kami cakap terlampau awal  kami sampai ke campsite.huhu.

yeah! jadi orang utan..huhu

Overall about this programmes mmg AWESOME. Dapat gain ilmu baru. Tambah kawan baru. Experience baru. mmg best. Finally nak cakap, adik-adik yang ade rezeki apply la biasiswa ini. Mmg berbaloi especially to Bumiputera.  Kalau  ada apa-apa soalan tentang this scholarship. tanya jer kat comment/chatbox. InsyaALLAH akan SI jawab. Sebab nak citer details kat blog ini. boleh dikatakan boleh buat novel nanti, jenuh nak menaip.hehe:)
Friends 4ever :)

KORBU selamanya...

-GOODLUCK EVERBODY, PENERAJUEDU BATCH 2-

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook