Tempat-Tempat Menarik di Penang, Malaysia
10:06Tempat-tempat Menarik di Penang.
Ini adalah antara tempat-tempat yang menarik di Pulau Pinang yang kalian boleh pergi. Sebenarnya Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Penang tapi ini adalah tempat yang SI telah jejaki, jajahi dan singgah. Hehe. Semoga bermanfaat buat semua.
1. Bukit Bendera.
Kalau datang Penang ini kalau tak singgah Penang Hills ini tak sempurna la trip anda. Ada dua alternatif untuk kita naik ke puncak iaitu menaiki cable car ataupun Hiking (bagi sesiapa yg rajin) hehe. Bagi yang nak datang sini, pastikan anda datang awal sebab mengikut pengalaman sebelum penuh orang beratur nak beli tiket sampai melimpah sampai luar. Digalakkan datang pagi, dapat feeling2 Cameron kat atas sebab sejuk di atas. Selain menikmati dan menghayati alam semulajadi, anda juga dapat menikmati pemandangan indah keseluruhan Pulau Pinang dari puncak. Malah, kepada pasangan cinta cintun yang rasa-rasa nak love locker yang kononnya boleh kekalkan hubungan anda, boleh la pergi ke puncak Penang Hill ini.(bagi sesiapa yang percaya shj)
2. Escape Theme Park, Teluk Bahang.
"Time to Play" : Bagi yang berminat dengan sukan lasak atau merasai pengalaman cuti cara sihat boleh la pergi ke adventure park ini. Memang best gilerr!! Dia ala-ala Skytrek, Shah Alam la macam tu tapi ini lebih luas dan mantap.
Tempat yang 1keluarga boleh enjoy, ada untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Contoh aktivitinya adalah Flying fox, Kite Flyer, Jumping Jack, dan banyak lagi.
Sesiapa yang nak datang sini disyorkan untuk datang awal sebab anda akan full day di sana. Tak puas la kan bayar mahal tapi tak main semua. Alhamdulillah, SI dapat main dalam 90% macam tu yang lain tu tak mampu dan tak cukup masa.hehe. Hanya mahu mengingatkan jangan lupa pakai baju dan kasut sukan.
Maklumat yang berguna untuk kalian semua:
Opening Hours : 9AM-6PM & Everyday (Depend on Escape Calendar)
Ticket Price: (latest 2015)
Kids (4-12years) : RM48
Adult (13-60years) : RM68
Senior Citizen : RM48
Anda juga boleh beli mengikut pakej yang disediakan.
Rules:
1-Makan/Minuman tidak dibenarkan masuk.
2- Barang berharga juga tidak digalakkan bawa. (Tapi boleh sewa locker di dalam)
3- Pakaian Sukan.
4- Makan/Minuman boleh beli di dalam. Tapi syorkan kalian beli kat luar jer sebab mahal. Kelaparan la seketika ya.Haha. Kalau nak beli air boleh la. Pembelian pun menggunakan sistem scanning (No cash money). Boleh deposit awal-awal di luar.
For more details : http://www.escape.my/index.html or Phone : +60 4 8811 106
3. Snake Temple, Penang
Wow, ular hahhaa.Nampak mengelikan tapi inilah salah satu tempat yang ramai pengunjung datang. Temple/ kuil Buddhist ini menjadi perhatian ramai dengan lambak spesies ular yg terdapat di kuil tersebut.
Bagi yang nak lihat pelbagai jenis ular seperti kobra, anakonda, sawa dan etc. Boleh la pergi di Muzium Ular yang ada di Kuil itu. Bayaran hanya RM5 sahaja. Pengalaman masuk taman ular ini tak sama macam kita masuk Zoo tau. Sebab di sini, kita dapat menyentuh ular dan melihat pelbagai jenis ular. Kalau anda hadir pada hari sabtu Dan ahad, anda berpeluang mendapat penerangan dan ilmu ringkas dari Owner tempat itu.
4. Street Art, Penang.
Disebabkan kini semua dah gila berselfie dan amek gambar. Street Art ini telah menjadi kegemaran kepada ramai orang terutama anak-anak muda. Hasil seni lukisannya amatlah menarik dan cantik belaka.
5. Night Market, Batu Ferringhi.
Dah nama pun market kan, of course la, Shopping Time. hehe. Di sini anda boleh borong ole-ole yang anda nak: keychain, baju, seluar, magnet fridge dan banyak lagi. Bukan sekadar murah, pilihan pun banyak, Kalau nak tawar menawar pun boleh. Datang sini kadang-kadang sampai pening nak beli apa sebab banyak sangat pilihan.
6. Batu Ferringhi
Datang Penang, kalau tak tau Batu Ferringhi tak tau la nak cakap apakan. Of course la, Pantai dia, ramai orang pergi sini mandi manda termasuk tourist.
Bagi pendapat SI, pantai dekat sini takder la best sangat macam di Langkawi ataupun pun Pulau Redang. hehe. Tapi kalau nak sejukkan badan, atau nak main banana boat atau Parasailing tu boleh la. hahah.
7. Komtar, GeorgeTown
8. Pesta Penang
Mungkin ramai yang taktau tentang Pesta Penang ini. Untuk makluman, Pesta Penang ini diadakan semasa hujung tahun sahaja (setahun sekali) di Sungai Nibong, Penang.
Pelbagai aktiviti menarik di sini, contohnya Konsert, Barang borong, Fun Fair dan banyak lagi.
Kalau di sini, barang memang murah habis, yelakan Year End Sale. Antaranya, kasut, pakaian, toto, karpet, banyak la dan boleh borong 1 lori. LOL
Bagi SI, pengalaman yang tak akan dilupakan semasa di Fun Fair. Syok habis. Ada 1 permainan ini, u guys should try which is Vortex Challenger . Memang gayat giler. 360 Putar dapat tengok sekalian alam di Penang. Bagi sesiapa yang naik mungkin akan faham apa yang SI cakap. haha. Permainan ini dekat Times Square / Sunway Lagoon pun takder kot.
Bayaran bergantung pada permainan.
9. Rumah Kelahiran P.Ramlee.
Siapa tak kenalkan seniman agung kita, Allahyarham P. Ramlee. Di Pulau Pinang ini, anda dapat melihat rumah kelahiran beliau.
Tiada Bayaran dikenakan. Boleh la anda ambil gambar puas-puas.hehhe
10. Tempat Makan
Kalau di Pulau Penang ini, Bab Makanan memang meletop la. Cakap jer apa. Pasemboq, Laksa Penang, Rojak, Cendol, dan banyak lagi.
Semua sedap dan murah gilerrr. Tapi di sini SI nak kongsikan beberapa tempat/ makanan yang bagi SI Top-top Meletop di Penang:
0 comments